09-718 5640 / 09 - 718 5641

pingatharmoni@yahoo.com

logo-phsbPingat Harmoni Sdn Bhd ditubuhkan pada 30 November 2004. Pingat Harmoni Sdn Bhd (PHSB) merupakan sebuah syarikat yang dinamik dan unggul serta mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang pembinaan dan hartanah.

Dengan status syarikat bertaraf bumiputera, PHSB tidak melepaskan peluang dalam menjayakan misi kerajaan dalam merealisasikan golongan bumiputera untuk lebih berdaya saing dan mencapai wawasan 2020.

Pingat Harmoni Sdn Bhd (PHSB) mempunyai kelengkapan jentera yang mencukupi dan kakitangan syarikat yang professional, berdedikasi serta sentiasa berusaha untuk memajukan lagi syarikat. Ini menjadikan PHSB lebih berdaya maju dan sentiasa bersedia untuk merealisasikan kediaman impian anda.

Jutaan terima kasih diberikan kepada anda yang banyak memberikan kerjasama kepada kami dalam menjayakan projek kediaman impian tersebut. Kami berjanji akan terus teguh bersaing dan seterusnya kekal unggul dalam prestasi.