09-718 5640 / 09 - 718 5641

pingatharmoni@yahoo.com

Assalamualaikum W.B.T. dan selamat sejahtera

Dengan hormat dan takzimnya, terlebih dahulu kami ingin mengalu-alukan kunjungan semua ke laman web rasmi, PINGAT HARMONI SDN BHD dan kini lebih sinonim dengan panggilan “PHSB”. Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kesudian semua untuk mengenali PHSB dengan lebih dekat serta mendapatkan maklumat mengenai projek perumahan dan hartanah yang disediakan oleh syarikat ini.

Untuk makluman semua, PHSB merupakan salah sebuah syarikat hartanah dan perumahan milik Bumiputera yang telah ditubuhkan pada 30 November 2004. Matlamat penubuhan PHSB untuk mensasar jumlah projek pembinaan hartanah dan perumahan yang besar serta mencukupi bagi semua penduduk-penduduk di Negeri Kelantan khususnya dan untuk bagi golongan Bumiputera dan bukan bumi.

Sejak diwujudkan hinggalah ke hari ini , PHSB telah bekerja keras melaksanakan tanggungjawab secara bersepadu dan berjaya memikul amanah sepertimana yang diharapkan. Harapan ini akan terus menerus diperjuangkan sehingga PHSB mencapai sasaran yang lebih agresif, lebih cemerlang dan kukuh dan mantap dari segi kewangan dan kestabilan ekonomi.

PHSB juga dari masa ke semasa sentiasa melakukan perubahan dan pembaharuan mengikut keperluan dan kehendak semasa. Oleh yang sedemikia PHSB juga akan sentiasa memfokus halatuju yang jitu dimana dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan bagi mencapai matlamat penubuhannya. Sehubungan itu juga PHSB akan mengukuhkan lagi kualiti bahan binaan, sistem penjualan serta khidmat pelanggan supaya dapat memberikan maklumat yang terbaik dan jelas kepada golongan sasar yang menjadi pembeli-pembelinya.

Dalam kesempatan ini bagi pihak PINGAT HARMONI SDN BHD merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan, sokongan dan kerjasama mereka kepada kami selama ini. Diharap dengan sokongan padu ini PHSB akan dapat melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik-baik mungkin bagi memenuhi matlamat penubuhan syarikat ini.. Insya Allah.
Sekian, Terima kasih. Wasalam.