Mar13

Kempen Pemilikan Rumah

DSC06893

Sempena Kempen Pemilikan Rumah Rasmi Negeri Kelantan yang dianjurkan bersama Rehda iaitu MAPEX 2011 yang diadakan pada 13hb Mac 2011 pada hari Ahad bertempat di Ground Floor Pusat KB Mall, Kota Bharu, Kelantan pihak kami (PHSB) juga berkesempatan menyertai aktiviti tersebut bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat projek pembangunan perumahan semasai kami iaitu Taman Kota Harmoni yang terletak di kawasan Tanah Merah, Kelantan.

Kempen Pemilikan Rumah Rasmi Negeri Kelantan

Penyertaan pihak kami dalam aktiviti tersebut sedikit sebanyak dapat juga secara tidak langsung mempamerkan serta mempromosikan unit-unit rumah yang masih ada untuk dijual dan mendapat sambutan yang mengalakkan. Beberapa unit rumah telah berhasil dijual sempena majlis MAPEX 2011 tersebut.

Beberapa lagi promosi perumahan akan giat dijalankan pada masa terdekat dan pihak kami akan sentiasa mengemaskini tarikh dan tempat dimana promosi jualan rumah yang akan kami adakan kelak.

 

TEAM SALE MARKETING

DSC06875   DSC06876

 

DSC06879   DSC06883_-_Copy

 

DSC06935  

Posted in Berita dan Aktiviti